• Jelajahi

    Copyright © Portal Jambi | Berita Jambi | Pilgub Jambi | Jambi | Corona Jambi | Kerinci | Berita Tebo | Bungo
    Best Viral Premium Blogger Templates

    Iklan

    Menu Bawah

    Bharian: KKM perkukuh saringan di pintu masuk antarabangsa

    Dilihat 0 kali Selasa, 28 Januari 2020, 21.07 WIB Last Updated 2020-01-28T14:07:19Z
    KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memperkukuhkan aktiviti saringan kesihatan di semua pintu masuk antarabangsa (PMA) bagi menangani kluster jangkitan coronavirus (2019-nCoV).
    Antaranya dengan menempatkan pengimbas haba (thermal scanners) di ‘entry points’ bagi mengesan pengembara yang mempunyai gejala demam.
    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata di Johor Bahru, terdapat enam PMA di mana dua daripadanya adalah melalui jalan darat Johor Bahru-Singapura iaitu Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).
    “Ketika lawatan ke KSAB pada petang Isnin (semalam), saya melihat sendiri langkah-langkah kesiapsagaan agensi-agensi terbabit bagi mengesan pengembara yang bergejala.
    “Sekiranya terdapat pengembara yang disyaki, beliau akan diperiksa selanjutnya di Bilik Saringan Kesihatan dan dirujuk kepada Pasukan Perubatan Penyakit Berjangkit Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk pemeriksaan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan semalam.
    Dr Noor Hisham berkata selain itu, satu laluan khas imigresen bagi mana-mana pengembara yang berasal dari China juga diwujudkan.
    Secara purata, jumlah pengembara dari China yang masuk melalui KSAB adalah 3,000-3,500 orang sehari sepanjang 2019.
    Sumber : Bharian.com.my
    Komentar

    Tampilkan

    Terkini