• Jelajahi

    Copyright © Portal Jambi | Berita Jambi | Pilgub Jambi | Jambi | Corona Jambi | Kerinci | Berita Tebo | Bungo
    Best Viral Premium Blogger Templates

    Iklan

    Menu Bawah

    Bharian : 4 mangsa hanyut 32 hari di lautan Pasifik hidup dengan makan kelapa

    Dilihat 0 kali Kamis, 13 Februari 2020, 06.17 WIB Last Updated 2020-02-12T23:17:58Z

    WELLINGTON: Empat mangsa hanyut yang ditemui di laut Pasifik, selamat berjuang untuk hidup dengan memakan kelapa dan minum air hujan selama lebih sebulan.


    Ia menjadi pengalaman pahit buat mereka yang terselamat iaitu dua lelaki, seorang wanita dan kanak-kanak perempuan berusia sekitar 12 tahun dari wilayah Bougainville, Papua New Guinea (PNG), yang dipercayai hanyut di lautan itu selama 32 hari.


    The Solomon Star News melaporkan, kumpulan itu pada asalnya membabitkan lapan orang termasuk seorang bayi, belayar dari Bougainville pada 22 Disember untuk meraikan sambutan Hari Krismas di Pulau Carteret, sejauh kira-kira 100 kilometer (km).

    Bagaimanapun, mangsa yang terselamat, Dominic Stally, berkata bot mereka yang kecil itu tenggelam dengan sebilangan besar daripada mereka kemudiannya lemas.


    Katanya, ada yang terselamat berjaya menaiki kapal, namun masih ada yang 'tewas' apabila mereka terapung di laut dengan ombak yang kuat.


    "Kami tidak boleh berbuat apa-apa terhadap mayat mereka selain daripada melepaskannya ke laut.


    “Terdapat satu pasangan yang lemas meninggalkan bayi mereka dan saya yang memegang bayi itu sebelum dia turut menemui ajal," katanya kepada akhbar itu.

    Stally berkata, beberapa kapal penangkap ikan melintasi laluan itu, namun tidak menyedari kehadiran mereka sehinggalah mereka diselamatkan pada 23 Januari di New Caledonia, selepas terapung mengikut arus sejauh kira-kira 2,000 km.


    Mereka kemudian dibawa ke ibu negeri Pulau Solomon, Honiara, Sabtu lalu dan diberi rawatan akibat dehidrasi sebelum diletakkan di bawah jagaan Pesuruhjaya Tinggi PNG, John Balavu. - AFP


    Source : Bharian.com.my
    Komentar

    Tampilkan

    Terkini