Bharian : Bekas penasihat Trump, bakal berhadapan dengan penjara 7 - 9 tahun

Bharian : Bekas penasihat Trump, bakal berhadapan dengan penjara 7 - 9 tahun

Selasa, 11 Februari 2020

Stones bakal dijatuhkan hukuman penjara oleh Hakim Daerah AS pada 20 Februari ini. - Foto Reuters

WASHINGTON: Pendakwa raya Amerika Syarikat meminta hakim persekutuan negara itu menjatuhkan hukuman penjara antara tujuh hingga sembilan tahun kepada bekas penasihat Presiden Donald Trump, Roger Stone bagi ‘mencermin keseriusan dalam membanteras jenayah serta mengukuhkan keluhuran undang-undang" di negara itu.

Stones bakal dijatuhkan hukuman penjara oleh Hakim Daerah AS, Amy Berman Jackson pada 20 Februari ini, selepas juri pada November lalu menyatakan tindakan bekas penasihat Trump itu sebagai "penipuan yang menjijikkan" dan didapati bersalah atas tujuh pertuduhan, termasuk menghalang prosiding rasmi, membuat pernyataan palsu dan mengganggu saksi.

Pihak kerajaan berkata, di bawah garis panduan penjara AS, Stone boleh dipenjarakan antara tujuh hingga sembilan tahun, dan Jackson seharusnya membuat keputusan perbicaraan "sesuai dengan kesalahan" yang dilakukan tertuduh. - Reuters

Source : Bharian.com.my