• Jelajahi

    Copyright © Portal Jambi | Berita Jambi | Pilgub Jambi | Jambi | Corona Jambi | Kerinci | Berita Tebo | Bungo
    Best Viral Premium Blogger Templates

    Menu Bawah

    Bharian : Kenderaan VIP memasuki Istana Negara

    Dilihat 0 kali Senin, 24 Februari 2020, 07.29 WIB Last Updated 2020-02-24T00:29:22Z
    KUALA LUMPUR: Lebih 20 kenderaan golongan kenamaan (VIP) dilihat memasuki perkarangan Istana Negara dengan diiringi polis pengiring, sebentar tadi.

    Kenderaan jenis Proton Perdana dan Toyota Alphard itu dilihat memasuki Istana Negara pada jam 5.35 petang namun bukan melalui pintu utama.

    Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong dilihat tiba di Istana Negara dengan sebuah helikopter pada kira-kira jam 4.30 petang tadi dari Kota Permai, Shah Alam bagi menghadiri sebuah perlawanan golf di sana.

    Sekumpulan petugas media berkumpul di Istana Negara sejak jam 2 tadi sebagai bagi menunggu ketibaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dikatakan akan menemui Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

    Ia susulan beberapa mesej yang tular di WhatsApp pagi tadi, mendakwa Dr Mahathir dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Dr Mohamed Azmin Ali, akan ke Istana Negara, petang ini.

    Sumber : Bharian.com.my
    Komentar

    Tampilkan

    Terkini