• Jelajahi

    Copyright © Portal Jambi | Berita Jambi | Pilgub Jambi | Jambi | Corona Jambi | Kerinci | Berita Tebo | Bungo
    Best Viral Premium Blogger Templates

    Iklan

    Menu Bawah

    Bharian : Meninggal dunia akibat sesak nafas hiking Bukit Besar

    Dilihat 0 kali Sabtu, 08 Februari 2020, 09.25 WIB Last Updated 2020-02-08T02:25:43Z
    Mangsa diberi bantuan oleh orang ramai selepas rebah di puncah Bukit Bsar, Kula Terengganu semalam. Foto Ihsan Pembaca

    KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti ‘hiking’ di Bukit Besar, Kuala Terengganu, petang tadi.

    Mangsa, Yusof Omar, 59, dari Kampung Batu Burok, di sini, dikatakan melakukan aktiviti hiking menerusi laluan denai bukit berkenaan.

    Bagaimanapun, ketika berada di puncak, mangsa yang juga kakitangan sebuah jabatan kerajaan dikatakan mengalami sesak nafas sebelum rebah di kawasan berkenaan kira-kira jam 6.40 petang.

    Difahamkan, orang ramai yang berada di kawasan itu kemudian mengangkat mangsa untuk dipindahkan ke trak tar sebelum menghubungi Balai Bomba Kuala Terengganu (BBP) dan ambulans.

    Ketua BBP Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, sejurus menerima panggilan daripada orang awam, empat orang anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membawa turun mangsa dari puncak bukit berkenaan.

    “Mangsa diturunkan daripada puncak Bukit Besar menggunakan kenderaan pacuan empat roda milik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

    “Sebaik tiba di kaki bukit, mangsa kemudian dibawa ke HSNZ menggunakan ambulans hospital berkenaan,” katanya ketika dihubungi har ini.
    Difahamkan, mangsa dikatakan meninggal dunia ketika mendapat rawatan kecemasan di hospital berkenaan.

    Mayat mangsa kemudian dipindahkan ke Jabatan Forensik HSNZ untuk bedah siasat.

    Source : Bharian.com.my
    Komentar

    Tampilkan

    Terkini