• Jelajahi

    Copyright © Portal Jambi | Berita Jambi | Pilgub Jambi | Jambi | Corona Jambi | Kerinci | Berita Tebo | Bungo
    Best Viral Premium Blogger Templates

    Iklan

    Menu Bawah

    Trump jangka krisis coronavirus berakhir pada April

    kg
    Dilihat 0 kali Selasa, 11 Februari 2020, 08.29 WIB Last Updated 2020-02-11T01:29:42Z

    WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menjangkakan wabak coronavirus yang menyebabkan kematian lebih 1,000 orang di China akan berakhir menjelang cuaca panas, pada April ini.

    “Virus... adalah pada tipikal akan tamat pada April. Panas, secara amnya, membunuh virus jenis ini,” katanya kepada pemberita di Rumah Putih.

    Patogen seperti Wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) menjangkiti 40,000 orang sejak kemunculannya pada akhir tahun lalu, di China. manakala di Amerika Syarikat menyaksikan 12 kes yang disahkan dengan risiko yang berbeza.
    Trump memuji China dan pemimpinnya, Xi Jinping dalam usaha negara gergasi di Asia yang menangani penyebarannya.

    "(Saya) bercakap panjang dengan Presiden Xi ... dua malam yang lalu. Saya merasa sangat yakin pada April, panas, secara amnya, membunuh jenis virus ini. Itu akan menjadi perkara yang baik. " kata Trump. - AFP

    Source : Bharian.com.my
    Komentar

    Tampilkan

    Terkini