• Jelajahi

    Copyright © Portal Jambi | Berita Jambi | Pilgub Jambi | Jambi | Corona Jambi | Kerinci | Berita Tebo | Bungo
    Best Viral Premium Blogger Templates

    Iklan

    Menu Bawah

    Bharian, COVID-19: Ketegasan polis demi lindungi masyarakat - Hamzah

    Dilihat 0 kali Sabtu, 04 April 2020, 19.41 WIB Last Updated 2020-04-04T12:41:27Z

    MELAKA: Ketegasan polis ketika melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan melindungi masyarakat daripada terdedah kepada jangkitan COVID-19, tegas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

    Hamzah berkata, setiap anggota polis menggunakan budi bicara dalam melaksanakan PKP dan mereka yang didapati melanggar perintah itu diberikan nasihat terlebih dahulu sebelum tindakan tegas diambil terhadap yang masih berdegil dan ingkar.

    Katanya, sokongan rakyat di negara ini supaya anggota polis bertindak tegas terhadap mereka yang ingkar PKP amat dihargai, terutama dalam kes melibatkan seorang pegawai polis di Kunak, Sabah yang didakwa merotan lima remaja lelaki kerana didapati ingkar PKP.

    “Pegawai itu sudah bersama PDRM (Polis Diraja Malaysia) selama 15 tahun dan saya tengok dia anggota yang baik, tegas. Tetapi apabila berlaku perkara seperti ini sudah tentu ikut SOP (Prosedur Operasi Standard) kita akan buat siasatan dalaman.

    “Ada (masa) kita kena lakukan untuk kebaikan lebih besar, kepentingan masyarakat. Perkara ini kita lakukan ikut undang-undang, tindakan itu biar ada perasaan kemanusiaan terhadap anggota polis dan masyarakat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini hari ini.

    Terdahulu, beliau meninjau pelaksanaan PKP dan Operasi Mencegah COVID-19 di beberapa tempat di negeri ini antaranya di Plaza Tol Ayer Keroh, Sungai Putat, Bangunan Stadthuys dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka yang turut disertai Ketua Polis Melaka DCP Datuk Mat Kasim Karim.

    Baru-baru ini tular video di media sosial yang mendakwa seorang pegawai polis di Kunak, Sabah bertindak merotan lima remaja kerana ingkar arahan untuk balik ke rumah.

    Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi terutama golongan netizen yang memuji pihak berkuasa yang tegas memastikan masyarakat mematuhi PKP. – BERNAMA

    Source : Bharian.com.my
    Komentar

    Tampilkan

    Terkini