• Jelajahi

    Copyright © Portal Jambi | Berita Jambi | Pilgub Jambi | Jambi | Corona Jambi | Kerinci | Berita Tebo | Bungo
    Best Viral Premium Blogger Templates

    Iklan

    Menu Bawah

    Bharian : Jumlah ingkar PKP meningkat mendadak

    Dilihat 0 kali Senin, 20 April 2020, 04.36 WIB Last Updated 2020-04-19T21:36:28Z
    PASUKAN keselamatan mengadakan sekatan jalan raya. NSTP/Abdul Rahemang Taiming
    TAWAU: Tangkapan individu ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat mendadak di Sabah, dalam tempoh lima hari fasa ketiga, sekali gus menunjukkan masih ramai tidak mengambil serius arahan pihak berkuasa.
    Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass, berkata Sabah merekodkan seramai 525 individu ditahan sepanjang tempoh itu, berbanding 282 tahan dalam tempoh dua minggu fasa kedua PKP.
    Katanya, dalam tempoh lima hari fasa ketiga PKP itu juga menyaksikan 143 kertas siasatan dibuka berbanding 163 sepanjang dua minggu fasa kedua PKP.
    “Polis serius untuk menghentikan sebarang rantaian COVID-19, cukup masa untuk memberi nasihat dan semua penduduk sudah tahu mengenai PKP.
    “Saya mengarahkan jika perlu mengeluarkan Black Maria, lakukan tangkapan kepada yang ingkar PKP, jumpa, tangkap,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau di sini, hari ini.
    Setakat ini, katanya, seramai 905 individu ditahan sejak PKP dikuatkuasakan, pada 18 Mac lalu.
    Zaini berkata, pihaknya turut meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan Indonesia dan Filipina bagi menghalang cubaan kemasukan warga asing ke negara ini.
    Katanya, langkah itu diambil bagi mengelak penularan COVID-19, di negara ini. – BERNAMA
    Source : Bharian.com.my
    Komentar

    Tampilkan

    Tidak ada komentar:

    Posting Komentar

    Silahkan Berikan Komentar Terbaik

    Terkini